Saturday, December 31, 2016

Universiti Kehidupan

This is sticky Mode Entry. For new entry please scroll below. Thank you.

Oleh: Anis Nurdhiani

Universiti kehidupan adalah buku yang sangat menarik garapan daripada Dr. Mohd Yazid. Beliau merupakan pensyarah di UIAM. 

Semasa membaca buku ini, perasaan saya bercampur baur. Ia lebih menjurus kepada kehidupan remaja di kampus. Memandangkan Dr. Yazid adalah fellow beliau sangat dekat dengan student. Universiti student yang pada pandangan kita adalah sangat suci. Harapan mak ayah. Harapan bangsa dan negara. Kakak yang adik2 kagumi. Dek kerana cinta di zaman siber. Ramai (bukan semua) terlupa yang mereka masih anak dara. Masih anak remaja. Tapi maruah mereka tidak dijaga. Maruah mereka di jaja. Apa yang dibongkarkan di dalam buku ini cukup menyedihkan. Zina berleluasa. Allahu. Mendekati zina pun tidak boleh. Inikan pula lebih pada itu. 

Jika kita sayangkan masyarakat kita. Bermula lah sekarang. Didiklah keluarga kita terlebih dahulu. InsyaAllah jika kita saling mengingatkan antara kita perkara ini dapat dikurangkan. 

Siapa wajib baca buku ini?

Mak ayah
Supaya mak ayah lebih tahu senario yang berlaku. Oleh itu mak ayah boleh mempersiapkan diri anak2 dengan ilmu agama yang cukup sebelum melangkah ke menara gading atau kemana sahaja termasuk bila kerja kelak. 

Pelajar sekolah
Supaya anda bersiap sedia mental fizikal dan rohani. 
Supaya anda tidak culture shock. 

Pelajar universiti
Kerana kisah anda mungkin ada yang sama dengan kisah2 yang diceritakan. 
Kerana mungkin kisah kawan2 anda sama dengan kisah2 yang diceritakan.

Semua lapisan masyarakat
Kerana setiap dari kita adalah masyarakat yang perlu ambil tahu. 

~ Tidak mengapa jika tidak menjadi seorang yang bijak pandai asalkan pandai menjaga batas pergaulan dan berguna kepada keluarga, agama dan bangsa ~




Boleh beli buku ini dengan saya.
Mesej/ Whatsapp: 019-9885546

COD:

UPM Serdang
UTM, Jalan Semarak, KL
Bandar Tasik Selatan
Kem Perdana Sungai Besi
Lake Field

Dan kawasan sekitarnya

Monday, May 23, 2016

Antara koleksi saya

Oleh: Anis Nurdhiani

Ini adalah antara koleksi buku yang saya ada. Semua buku ni best tau. InsyaAllah nanti saya akan review semua buku ini. Okes. 


Tuesday, March 29, 2016

Pujuk

Pertama sekali terima kasih banyak2 buat Buku Pojok kerana hadiahkan buku yang best ini. Penulisnya Ariana Banana punyai ramai follower kat instagram. 
(Baru stalk penulis lepas baca buku ni).

Apa yang ditulis dalam buku ini adalah kisah beliau. Yang boleh juga jadi kisah kita semua. 
Gaya penulis dan penyampaian yang bersahaja buat kita tak boring. 
Bila baca, eh ye la aku pun rasa macam ni. 
Baca lagi, eh ye la benda ni pernah jadi dalam hidup aku.
Aku pernah rasa, aku pernah tahu, tapi aku tak pandai tulis macam dia.
Jadi baca la buku yang dia tulis =)

Ayat pun takdelah puitis dan berjela2. Straight forward gitu. Ye lah anak muda sekarang mana mahu baca wording banyak2 kan. Sesuai sangat buku ni tau. 

Nak menghiburkan hati dan bangkit dari kekecewaan pun boleh. Bak kata penulis kalau bukan kita yang pujuk diri sendiri sapa lagi yang nak pujuk kan. 

Pendek kata memang best. Jangan lupa dapatkan buku ni dari Buku Pojok.



Wednesday, March 2, 2016

Dialah Supervisorku...

Buku ini ditulis oleh pensyarah UPM. Dr Othman Talib. Atau lebih dikenal sebagai Dr OT. Banyak berkongsi tentang penulis thesis dan segala jenis maklumat mengenai research dan postgraduate di FB dan juga BLOG, Dr OT kini makin dikenali ramai. 

Banyak dah buku yang Dr OT tulis. Ini merupakan koleksi pertama saya. 

Dialah Supervisor ku. Buku wajib baca bagi semua pelajar postgraduate. Pernah menjadi student dan sekarang pensyarah, Dr OT pasti dapat menyelami situasi dua2 keadaan ini. 

Banyak tips boleh di ambil dan dijadikan sebagai teladan. Juga penyampaian yang santai dan bersahaja. 


Wednesday, February 17, 2016

Wang ada di mana

Buku Wang ada di mana dalah nukilan kedua Dr. Azizul selepas Mudahnya beli rumah. Kalau mudahnya beli rumah cerita tentang bagaimana nak beli rumah. Buku wang ada di mana ni lebih kepada pengurusan kehidupan. 

Banyak aspek yang beliau sentuh termasuklah:
  • Cara nak simpan duit. Nak simpan banyak mana. Nak labur banyak mana. 
  • Cara nak beli kereta. Beli kereta harga berapa. Berapa down payment. Loan berapa lama. Beli kereta macam mana. 
  • Ambil takaful yang macam mana.
  • Pendek kata macam2 dia cerita. 
Rugi tak beli I tell u =) Pun boleh beli ngan beliau di FB beliau. Azizul Azli Ahmad.

Feedback pembaca kat FB beliau pun gempak2. Ada yang baru baca buku hari ni esok dah beli rumah. Macam2 lagi. Kalau nak tahu follow sendiri beliau kat FB. Kalau tak best saya tak recommend. Ini bukan kipas susah mati =P



Sunday, January 10, 2016

Mudahnya beli rumah

Dr. Azizul Azli merupakan pensyarah di UiTM Sri Iskandar. Bergiat secara aktif di dalam bidang hartanah dan suka berkongsi ilmu di laman Facebook. Penulisan yang bersahaja menarik minat ramai follower tegar untuk membaca posting beliau di FB saban hari. Ada je idea beliau nak tulis yang tak terjangkau dek akal fikiran rakyat marhean seperti kita-kita ni. Boleh follow beliau di SINI

Kisah dan pengalaman sebenar beliau berkecimpung dalam bidang hartanah ini dilakarkan di dalam buku Mudahnya beli rumah. Memang mudah je rasa sebenarnya beli rumah ni bila baca buku ini. Tapi ada banyak perkara yang kita perlu tahu tentang langkah2 dan teknik2 nak beli rumah. Dan itu semua beliau ceritakan dalam buku ini. 

Gaya bahasa dan penulisan lebih kurang sama dengan penulisan kat FB. Bersahaja dan santai. Bayangkan baca topik berat macam hartanah ni rasa macam baca novel.

Okelah taknak puji lebih2 abah Aqilah yang kacak ni =) Jangan lupa beli buku ni. Boleh beli melalui Dr Azizul sendiri di FB beliau. Ramai cakap kalau cari kat kedai tak jumpa. Jadi jangan cari kat kedai. PM je dia terus. 

Selamat membaca.


Friday, January 1, 2016

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan adanya blog ini moga saya makin rajin membaca buku dan membuat ulasan buku di sini. Doakan saya istiqamah.

Aminn.

With love,
Anis